BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Selasa, 10 Ogos 2010

ALAM SEKITAR.......

PENCEMARAN ALAM SEKITAR.

MOHD SUFFIYAN BIN SATAR
 205944.

DEFINISI ALAM SEKITAR.

Perkataan alam sekitar atau dalam bahasa Inggeris disebut “environment” membawa maksud keadaan sekeliling atau lingkungan. Oleh itu, sekirannya berdasarkan kepada terjemahan literal, maka perkataan “alam sekitar” adalah menuju kepada apa sahaja yang melingkungi manusia. Bagaimanapun, secara khusus perkataan alam sekitar merujuk kepada fenomena fizikal yang melingkungi suatu organisma di muka bumi. Fenomena fizikal ini termasuk juga fenomena yang berkait dengan iklim dan cuaca. 

Terdapat satu lagi definsi alam sekitar. Namun ia lebih kepada kefahaman “environmentalisme“. Dijelaskan bahawa ia merupakan satu istilah geografi tentang doktrin falsafah yang memberikan penekanan terhadap aspek fizikal alam sekitar seperti keadaan iklim dunia yang berkaitrapat dengan aktiviti manusia.Kesemua definisi yang dikemukakan di atas secara umumnya menjelaskan alam sekitar adalah keseluruhan fenomena sekeliling yang boleh mempengaruhi kehidupan sesuatu organisma.Dalam menguruskan alam sekitar,barat memperlihatkan bahawa etika alam sekitar dalam diri manusia adalah penting bagi menjamin kualiti alam sekitar.Prinsip-prinsip tentang alam sekitar yang dibahaskan oleh Barat tidak harus bersifat teori sahaja sebaliknya mestilah berupaya dipraktikkan.Pengurusan alam sekitar di Barat bermula pada akhir kurun ke 19 kesan daripada Revolusi Industri. Perkembangan itu bermula dengan tercetusnya kebimbangan ke atas kesan yang timbul daripada proses pembangunan ke atas alam sekitar. Oleh itu, mereka berusaha dengan pelbagai kaedah bagi mengawal kualiti alam sekitar daripada terjejas.Namun,walauapapun kaedah atau langkah yang diambil, mereka masih lagi gagal untuk menguruskan alam sekitar dengan berkesan.

KONSEP ALAM SEKITAR MENURUT ISLAM.

Menurut Islam, “environmentalisme” berasaskan kepada ajaran tauhid atau kefahaman kesatuan yang menggabungkan manusia, alam dan tuhan. Agama Islam menjadikan akhlak sebagai teras hubungan antara manusia, alam dan tuhan.Berasaskan dasar itu, sebenarnya sebarang masalah atau pencemaran alam sekitar berpunca daripada kesempurnaan akhlak manusia terhadap dirinya, alam dan tuhan. Konsep manusia sebagai khalifah menunjukkan bahawa alam sekitar ini merupakan hak Allah dan ciptaan-Nya maka manusialah perlu melaksanakan misi dan amanah itu. Di samping itu, alam ini merupakan tanda yang tersurat dan tersirat atau simbol tentang kebesaran dan kekuasaan Allah.


PENGENALAN.


Dalam usaha mengejar kemodenan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk,kegiatan ekonomi dan projek-projek pembangunan sesebuah negara tidak dapat dielakkan,manusia sering mengabaikan masalah-masalah alam sekitar yang timbul akibat pelaksanaan aktiviti ekonomi dan projek -projek pembangunan.Kesan-kesan negatif akibat proses pembangunan dan modernisasi secara terburu-buru semakin mendesak dan hal ini mengakibatkan kesan pencemaran alam sekitar yang teruk.Kesemua kesan negatif ini semakin menggugat kesihatan manusia,sumber-sumber ekonomi dan kemandirian bumi.Untuk mengurangkan kesan-kesan negatif pembangunan ke atas alam sekitar,setiap aktiviti ekonomi dan pembangunan mestilah diseimbangkan dengan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam.

Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan alam.Takrifan pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik,kimia,biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan,keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain,tumbuhan dan haiwan.Pencemaran dapat dikategorikan dan disenaraikan kepada pelbagai bentuk pencemaran:

PENCEMARAN UDARA.

Pencemaran udara boleh didefinasikan sebagai terdapatnya gas,cecair atau zarah yang terkandung dan terampai di atmosfera sehingga berlakunya perubahan dan menjejaskan kehidupan atau bahan-bahan lain. Bahan-bahan tersebut terampai di atmosfera dan memberi kesan negatif kepada manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan serta alam sekeliling.Ini sebabkan gas dan bahan tercemar akan masuk ke tubuh manusia melalui pernafasan dan berupaya menyekat pengaliran oksigen ke dalam salur-salur darah.Hal ini boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti penyakit barah, asma, kekejangan dan anemia.Selain daripada itu,bahan-bahan seperti habuk,kabus,wap atau bahan-bahan yang boleh menghalang penglihatan mata juga merupakan contoh bentuk pencemaran udara.

Mengikut laporan yang dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar,melalui akhbar Utusan Pengguna pada tahun 2001

Jumlah keluaran bahan-bahan pencemaran udara bagi Malaysia dianggarkan sebanyak 933,000 tan setahun.Daripada jumlah ini,kenderaan ialah punca utama pencemaran ini(58.1%),diikuti oleh stesen jana kuasa(23.9%),pembakaran bahan api industri(9.4%),pemprosesan industri(3.9%) dan pembakaran terbuka(4.9%).

Klasifikasi Pencemaran Udara.

Pencemaran udara dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu:

• Pencemaran Udara Primer.
-Penghasilan sulfur monoksida dan karbon monoksida akibat daripada proses pembakaran yang tidak lengkap adalah punca pencemaran udara primer.Proses ini menyebabkan zarah-zarah yang halus terampai-ampai di udara dan memberi kesan sampingan kepada kesihatan kita.Kebanyakan pencemaran udara primer ini dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasan industri dan penggunaan dapur arang atau kayu.

• Pencemaran Udara Sekunder.
-Pencemaran udara sekunder pula adalah tindak balas sulfur dioksida yang bergabung dan membentuk dengan gas-gas yang tidak diperlukan oleh benda hidup.Sulfur dioksida memerlukan gas yang terdapat pada pencemaran udara primer seperti karbon monoksida dan sufur monoksida untuk membentuk gas-gas lain. Sebagai contoh, gabungan sulfur dioksida, sulfur monoksida dan wap air akan menghasilkan asid sulfurik. Tindakbalas antara pencemar primer dengan gas-gas terampai di atmosfera akan menghasilkan peroksid asetil nitrat yang boleh mendatang kemudaratan kepada alam sekeliling.

Jenis-jenis Bahan Pencemar.

Antara jenis-jenis bahan pencemar adalah seperti berikut :

• Sulfur dioksida
• Karbon monoksida
• Nitrogen dioksida dan ozon
• Alergen
• Plumbum dan logam-logam lain
• Floroklorokarbon (CFC).

Asap-asap dan gas-gas tercemar yang terampai di atmosfera boleh mendatangkan kemudaratan kepada alam sekeliling tambahan pula kawasan yang dipenuhi oleh kenderaan-kenderaan dan bangunan-bangunan konkrit yang besar serta padat boleh mengundang bahaya terutamanya di kawasan kota  yang paling akrab dan jelas dari pencemaran udara.Hal ini kerana gas-gas tidak dapat bebas bergerak dan akan terampai di atmosfera dan mengambil masa yang lama untuk terungkai.Umumnya bahan apapun yang diperkenal kepada seseorang yang mempunyai kesan merosakkan makhluk hidup dan persekitaran dianggap pencemaran udara.

Gas karbon dioksida,gas rumah hijau adalah pencemaran utama yang merupakan pemanasan bumi. Meskipun makhluk hidup seperti manusia dan haiwan  mengeluarkan karbon dioksida ketika bernafas, karbon dioksida secara meluas dianggap sebagai pencemaran yang berkaitrapat dengan kereta,pesawat, penjanaan kuasa, dan aktiviti manusia lain yang melibatkan pembakaran bahan bakar fosil seperti petrol dan gas alam.Gas rumah hijau lainnya termasuk metana yang digunakan dalam bahan penyejuk dianggap penting pada masa sekarang walaupon ia boleh menipiskan lapisan ozon.

Selain itu,pencemar lain yang berkaitan dengan perubahan iklim adalah belerang dioksida.Sulfur dioksida dan kimia yang berkaitan dengan pencemaran udara biasanya berkaitrapat dengan fenomena penyebab hujan asid. Tapi gas tersebut juga memantulkan cahaya ketika dilancarkan di atmosfera yang membuat sinar matahari dan menyebabkan bumi menjadi sejuk.Letusan gunung berapi boleh memuntahkan sejumlah besar belerang dioksida ke atmosfera yang boleh menyebabkan pendinginan yang berlangsung selama bertahun-tahun.Negara-negara industri telah bekerja untuk mengurangkan kadar belerang dioksida dan gas tercemar dalam rangka meningkatkan kesihatan masyarakat. Namun hasilnya, tidak dapat dijangka sampai saat ini,tahap suhu  belerang dioksida lebih rendah benar-benar boleh membuat keadaan bumi lebih buruk akibat daripada pemanasan global.Sama seperti belerang dioksida dari gunung berapi boleh mendinginkan bumi dengan menghalang sinar matahari dan memotong jumlah sebatian di atmosfera serta membolehkan cahaya matahari masuk dan meningkatkan tahap kepanasan suhu bumi.

Kebanyakan orang bersetuju untuk menghentikan pemanasan global.Pelbagai langkah diambil untuk mengurangkan kepanasan suhu bumi.Pada peringkat peribadinya,individu sudah boleh menerima cara pengambilan perkhidmatan awam untuk melakukan aktiviti seharian,mengitar semula bahan-bahan seperti plastik,botol ,kaca dan surat khabar lama serta bahan-bahan lain bagi mengurangkan pencemaran alam sekitar.Pada skala yang lebih besar pula, kerajaan mengambil langkah-langkah untuk menyekat pembebasan karbon dioksida dan gas rumah hijau.Salah satu cara seperti Perjanjian Protokol Kyoto iaitu sebuah perjanjian antara negara-negara ahli untuk mengurangkan pembebasan karbon dioksida.Cara lain adalah untuk menetapkan cukai kepada negara yang membebaskan karbon atau cukai lebih tinggi pada petrol sehingga orang-orang dan syarikat-syarikat akan mempunyai insentif yang lebih besar untuk menjimatkan tenaga dan mengurangkan  pencemaran.

Selain itu juga,Kerajaan Malaysia dengan bersungguh-sungguh membendung pencemaran udara ini terbukti pada tahun 2002 dengan termenterainya satu perjanjian dengan anggota ASEAN mengenai Perjanjian Jerebu Merentasi Sempadan.Hal ini disebabkan oleh jerebu yang melanda negara akibat pembakaran hutan di Sumatra dan Kalimantan,Indonesia pada tahun 1997.Selain itu juga,pada Ogos 2005,Pantai Barat Semenanjung Malaysia juga dilanda masalah yang sama akibat pembakaran hutan dan mengakibatkan dua kawasan diisytiharkan darurat iaitu Pelabuahan Klang dan Kuala Selangor setelah indek pencemaran udara (IPU) dikawasan itu melebihi 500.

INDEK PENCEMARAN UDARA
Nilai IPU Kualiti udara
    0 - 50 Baik
  51 - 100 Sederhana
101 - 200 Tidak sihat
201 - 300 Sangat tidak sihat
301 - 400 Berbahaya
401 - 500 Sangat berbahaya


Tuntasnya,penderan alam sekitar melalui pencemaran udara timbul akibat daripada tindakan manusia itu sendiri.Setiap manusia menyumbang kepada kemusnahan alam sekitar salah satu contohnya penghisap rokok menghembuskan asap rokok ke udara,pembakaran sisa buangan di kawasan perumahan secara tidak terkawal juga menbawa kesan kepada pencemaran udara.Sebagai seorang individu yang bertanggungjawab haruslah menjaga alam sekitar agar ia sentiasa bersih untuk kegunaan generasi akan datang.Walaupon begitu,masyarakat juga harus mengamalkan sikap prihatin terhadap alam sekitar dan mengamalkan sikap "SELAMATKAN BUMI KITA" untuk menjaga dan memelihara alam sekeliling.


MOHAMMAD SHAHRUDIN BIN ABDUL LATIB.
205910.
PENCEMARAN AIR

AIR adalah komponen penting dalam kehidupan manusia dan menyokong kepada sistem kehidupan global. Air sumber penting untuk minuman, sistem kebersihan, pertanian, industri, pembangunan bandar, kuasa hidro, perikanan, pengangkutan, pengurusan tanah rata atau rendah dan kegiatan lain. Pengurusan air secara tidak cekap boleh menyebabkan wujudnya krisis air.Semua orang mahukan air yang bersih untuk diminum, untuk rekreasi dan untuk bergembira dengan sekadar melihatnya. Sekiranya, air dicemari, ianya akan kehilangan nilai ekonomi dan estetika kepada kita, dan akan menjadi ancaman kepada kesihatan kita dan kehidupan ikan yang hidup di dalamnya serta hidupan liar yang bergantung hidup kepadanya.

Ada dua jenis pencemaran air yang biasa kita dengar; sumber terus atau sumber yang tidak terus. Pencemaran dari sumber terus bermaksud apabila bahan yang bahaya dipancarkan kepada sumber air, contohnya limpahan minyak ke dalam laut. Contoh lain pencemaran sumber terus ialah sisa buangan dari kilang, pengaliran bahan cairan dari kilang, kilang rawatan bahan buangan dan banyak lagi yang terdedah kepada mencemarkan sumber air utama.

Pencemaran dari sumber yang tidak terus pula menyumbangkan pencemaran dari perubahan alam sekitar. Sebagai contoh ialah racun serangga di ladang yang kemudian mengalir ke tempat lain menerusi hujan yang kemudian memberi kesan kepada kehidupan akuatik. Contoh lain pula ialah pencemaran yang memasuki bekalan air menerusi tanah atau bumi dan daripada atmosfera air hujan. Tanah dan air dari bumi mengandungi sisa keladak daripada kerja pertanian manusia .

Pengaliran keluar kumbahan air menerusi sektor perindustrian sama ada berskala besar, sederhana atau kecil adalah antara punca serta penyumbang kepada pencemaran alam sekitar jika tiada perancangan, langkah pencegahan dan rawatan secara efektif. Kumbahan air mengandungi bahan keluli, bakteria, organik dan bahan bukan organik boleh merosakkan alam sekitar serta akan meningkatkan ancaman kepada alam sekitar dan sekali gus mencemarkan air.Pencemaran air kumbahan sudah menjadi krisis utama dunia. Bekalan air berkualiti yang tidak menentu untuk bahan minuman, pertanian, perladangan, industri dan lain-lain sejak bertahun-tahun lalu turut menimbulkan masalah. Dengan bekalan air yang tidak mencukupi, cara rawatan dan kitar semula adalah perkara utama yang harus dicapai untuk mengekalkan sumber bekalan air yang amat terhad. Secara geografi, pencemaran air lebihan di Malaysia secara amnya tidak kritikal dan hanya memberikan kesan minimum kepada alam sekitar, masyarakat dan pertanian.


JENIS PENCEMARAN AIR:


Bahan Toksik – sejenis pencemaran berbentuk kimia yang tidak terhasil dalam sistem akuatik. Penyumbang terbesar kepada pencemaran kimia ialah racun rumpai, racun serangga dan bahan buangan industri.


Bahan Organik – pencemaran organik berlaku apabila lebihan bahan organik seperti baja dan kumbahan memasuki air. Apabila bahan organik ini meningkat di dalam tangki air, jumlah bahan hancur akan meningkat. Bahan hancur atau bahan reput ini akan tumbuh pantas dan menggunakan banyak oksigen apabila ia membesar. Ini mengakibatkan pengurangan oksigen apabila proses kehancuran berlaku. Kekurangan oksigen akan membunuh organisma akuatik. Apabila organisma akuatik itu mati, ia akan sama musnah dengan bahan hancur berkenaan, sekali gus meningkatkan pengurangan oksigen berkenaan.

Sejenis pencemaran organik boleh berlaku apabila pencemaran bahan bukan organik seperti nitrogen dan fosfat meningkat dalam sistem akuatik. Kadar tinggi bahan berkenaan menyebabkan peningkatan keterlaluan tumbuhan dan rumpair. Apabila tumbuhan dan rumpair itu mati, ia menjadi bahan organik di dalam air. Bahan tumbuhan berkenaan akan reput dengan pantas, sekali gus mengurangkan kadar oksigen. Proses pantas pertumbuhan tumbuhan itu kemudian diikuti dengan peningkatan aktiviti oleh bahan hancur berkenaan dan dengan kekurangan kadar oksigen yang dikenali sebagai eutrophication.


Pencemaran Terma – pencemaran jenis itu boleh berlaku apabila air digunakan sebagai bahan penyejuk berdekatan kilang industri dan kemudian kembali kepada persekitaran akuatik dengan kadar suhu yang lebih tinggi, sebagai ia sepatutnya. Pencemaran terma boleh menyebabkan berlakunya pengurangan kadar oksigen di dalam air dan meningkatkan kadar keperluan biologikal oleh organisma akuatik untuk oksigen.


Pencemaran Ekologikal – ini berlaku apabila pencemaran bahan kimia, pencemaran organik atau pencemaran terma berlaku daripada persekitaran alam, bukannya aktiviti kemanusiaan. Sebagai contoh, pencemaran ekologikal akan meningkat daripada bahan aliran selepas berlakunya tanah runtuh, yang juga akan meningkatkan jumlah kotoran dalam air. Contoh lain ialah apabila haiwan seperti rusa mati lemas dalam banjir dan kemudian sejumlah besar bahan organik yang mengalir ke dalam air. Kejadian geologikal seperti ledakan gunung berapi juga boleh menjadi sumber kepada pencemaran ekologikal.


Kesimpulannya, pencemaran air merupakan satu masalah sosial yang memerlukan kerjasama semua pihak untuk menanganinya. Kita harus memastikan bahawa persekitaran kita bersih dan selamat untuk hidup. Langkah-langkah perundangan penting dalam menangani masalah ini. Kesedaran melalui pendidikan alam sekitar juga dapat membendung fenomena ini. 


MOHAMAD SAUFI BIN ISMAIL
NO.METRIK:205883
KEPENTINGAN ALAM SEKITAR.

Alam sekitar memainkan peranan penting dalam kehidupan harian kita.Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang selesa dan menyamankan.Di samping itu ia memberi keselesaan kepada manusia,ia juga sedikit sebanyak akan menjejeskan aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam sekitar tidak dijaga dengan baik.Dalam usaha kita untuk mengejar kemajuan negara,kita tidak harus mengabaikan peri pentingnya alam sekitar di dalam kehidupan.Diantara kepantingan-kepentingannya adalah:


Kesihatan manusia terjamin.
Sejak kebelakangan ini pelbagai penyakit yang berbahaya telah wujud akibat pencemaran alam sekitar.kesan daripada pencemaran itu manusia akan menghidap pelbagai penyakit,khususnya respirasi akibat menghidu udara yang tercemar.Manusia memerlukan udara bersih untuk terus hidup .Jika udara yang dihidu tercemar,sistem pernafasannya akan menyerap pelbagai bahan pencemar ke dalam paru-paru.Ini akan mengakibatkan proses penukaran karbon dioksida kepada oksigen tidak dapat dilakukan dan darah akan mengalami kekurangan oksigen.Hal ini seterusnya menyebabkan fungsi paru-paru terjejas dan sistem pengaliran darah mengalami masalah dan mengakibatkan pelbagai penyakit.Oleh itu alam sekitarharuslah dijaga dengan baik agar kesihatan manusia terjamin.


Tarikan pelancong asing.
Keindahan alam sekitar dapat membantu negara mengembangkan industri pelancongan.Hal ini kerana keindahan alam sekitar boleh menarik perhatian pelancong dari dalam dan luar Negara.Ini seterusnya dapat menjadikan negara sebagai destinasi baru bagi sektor pelancongan di peringkat global.peningkatan pelancong dari dalam dan luar negara ini akan meningkatkan pendapatan negara disamping memberi peluang-peluang pekerjaan kepada pengusaha dalam industri ini dan industri sampingan.Di negara maju,terdapat banyak tempat yang menjadikan keindahan alam sekitar sebagai produk pelancongan.sebagai contoh,paris di perancis,venice di itali dan seoul di korea selatan.Oleh itu,kita harus menjaga alam sekitar dengan baik disamping peranan kerajaan untuk mempromosikan negara ni dunia agar keindahan alam sekitar di negara kita ini dapat member pulangan kepada negara.


Pembekalan udara yang segar.
Manusia memerlukan udara yang segar untuk terus hidup dalan keadaan yang selesa.Disamping itu,pembekalan udara yang segar akan menberi ketenangan jiwa dan keceriaan kepada masyarakat.Selain itu,pembekalan udara yang segar dapat mengelak pelbagai penyakit saperti serangan jantung dan batuk.Secara saitifik pembekalan udara yang segar akan terhalang sekiranya pencemaran udara berlaku.pencemaran udara akan berlaku apabila terdapat benda asing dalan kepekatan udara.Benda asing ini adalah dalam bentuk habuk,asap dan gas seperti karbon monoksida dan nitrogen oksida.tidak lupa juga bau-bauan yang tidak menyenangkan.Oleh itu alam sekitar yang indah dan bersih amat penting kepada kita agar udara yang segar akan terus kita perolehi.


Ekosistem yang stabil.
Ekosistem yang stabil sangat penting kepada manusia,alam sekitar dan bumi.Kini ,kesan daripada pencemaran alam sekitar,pelbagai masalah global telah berlaku.Diantaranya adalah pemanasan global. Peningkatnya suhu global dikatakan akan menyebabkan perubahan-perubahan yang lain seperti naiknya permukaan air laut, meningkatnya intensitas fenomena cuaca yang ekstrim, serta perubahan jumlah dan pola presipitasi.Akibat-akibat daripada pemanasan global yang lain adalah terjejasnya hasil pertanian, hilangnya glazier dan kepupusan berbagai jenis haiwan.Oleh itu,alam sekitar harus dijaga dengan baik agar ekosistem yang stabil dapat diwujudkan.


Habitat hidupan darat dan air terpelihara.
Hidupan darat dan air sangat memerlukan alam sekitar yang bersih dan tidak tercemar untuk terus hidup.Kebergantungan ini dipertanggungjawabkan kepada kita untuk menjaga alam sekitar ini agar terpelihara.Alam sekitar seperti hutan merupakan tempat tinggal bagi hidupan darat seperti gajah,harimau dan lain-lain.Didalam hutan itulah haiwan-haiwan ini mencari makanan dan tempat mereka bermain.Oleh itu,sekiranya alam sekitar tidak dijaga dengan baik dan berlaku pencemaran seperti kebakaran hutan, haiwan-haiwan ini akan mengalami kepupusan.Begitu juga dengan hidupan di air,sekiranya pencemaran air berlaku,hidupan air ini akan mati dan seterusnya akan mengalami kepupusan.Oleh itu,alam sekitar yang tidak tercemar sangat penting kepada hidupan darat dan hidupan air agar hidupan ini terpelihara.


Mengelakkan kepupusan.
Alam sekitar sangat penting kepada flora dan fauna.alam sekitar yang tidak tercemar dapat mengelakkan kepupusan kepada seluruh spesies flora dan fauna.Namun begitu telah wujud pencemaran yang menyebabkan kepupusan kepada pelbagai spesies haiwan.Di Malaysia, aktiviti perindustrian, urbanisasi, serta perladangan menyebabkan pencemaran logam berat, racun makhluk perosak, pencemaran organik serta peningkatan keledak dalam air. Ia merupakan pencemaran utama yang memusnahkan kehidupan akuatik.selain aktivuti penebengan hutan secara tidak terancang menyebabkan kepupusan hidupan di sana.Justeru itu,alam sekitar harus dijaga dengan baik agar perkara ini dapat dibentung.


Kesimpulannya,dalam usaha kita mengejar pembangunan jangan lah kita lupa akan peri pentingnya alam sekitar kepada seluruh kehidupan harian kita,Perancangan yang teratur dapat mengelak daripada berlakunya pencemaran.Besama-sama kita mengekalkan khazanah yang tidak ternilai ini agar generasi akan datang akan dapat menikmatinya.


MUHAMMAD AFANDI BIN ZAINOL
206026

KESAN PENCEMARAN ALAM KE ATAS ALAM SEKITAR

KESAN PENCEMARAN UDARA KE ATAS ALAM SEKITAR
EKOLOGI ALAM
• Kesan utama pencemaran udara adalah ke atas kesihatan manusia. Manusia akan menghidap pelbagai penyakit, khususnya respirasi akibat menghidu udara yang tercemar. Manusia memerlukan udara bersih untuk hidup. Jika udara yang dihidu tercemar, sistem pernafasannya akan menyerap pelbagai bahan pencemar ke dalam paru-paru. Ini akan mengakibatkan proses penukaran karbon dioksida kepada oksigen tidak dapat dilakukan dan darah akan mengalami kekurangan oksigen. Ini seterusnya menyebabkan fungsi paru-paru terjejas dan sistem pengaliran darah mengalami masalah. Ini mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan yang akan timbul.
 
• Tumbuhan
• Pencemaran udara juga memberi kesan kepada tanaman. Tumbuh-tumbuhan memerlukan udara dalam proses fotosintesis dan tumbesaran. Jika udara mengandungi bahan pencemar, ini mengakibatkan kekurangan karbon dioksida untuk proses penghasilan klorofil. Ini mengakibatkan tumbuhan menguning dan mati. Tisu-tisu tumbuhan juga mengalami masalah dan akan reput akibat tindak balas bahan pencemar yang terlekat pada pokok-pokok dan tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan akan terdedah kepada pelbagai penyakit dan basil keluarannya akan terancam
 
• Ekologi Alam
• Selain itu, pencemaran udara juga memberi kesan kepada iklim global dan setempat. Pelbagai bahan kimia buangan seperti sulfur dioksida dan nitrogen dioksida akan larut dengan wap air dan akan turun sebagai hujan asid. Hujan asid ini berbahaya kerana is akan mengalir dan meresap ke dalam tanah dan memusnahkan galian dalam tanah sehingga tanah menjadi tidak subur. Kehadiran bahan-bahan pencemar udara juga akan menjejaskan keseimbangan ekologi dan ekosistem yang memberi kesan menyeluruh kepada bumi
 
• Atmosfera
• Di samping itu, pencemaran udara juga memberi kesan ke atas atmosfera kita. Bahan-bahan pencemar seperti CFC (kloroflora karbon) dikatakan telah mengakibatkan lapisan ozon kita menjadi nipis dan bocor. Ini kerana bahan-bahan tersebut bertindak balas dengan lapisan ozon sehingga menguraikan oksigen yang membentuknya. Ini mengakibatkan kandungan karbon dioksida dalam udara meningkat serta memberi kesan rumah hijau dan kepanasan bumi akan meningkat. Penipisan lapisan ozon akan mengakibatkan sinar ultra-ungu menembusi atmosfera tanpa lapisan dan menjejaskan kesihatan manusia
 
• Haiwan
• Haiwan juga akan turut terancam dan mati.Hal ini disebabkan partikel-partikel terampai seperti habuk,debu dan sebagainya akan memasuki ruang paru-paru haiwan tersebut.Perkara ini akan menyebabkan haiwan akan sukar untuk bernafas.Bukan itu sahaja,tumbuh-tumbuhan yang sudah tercemar akan pencemaran udara juga akan menyebabkan haiwan terancam.
 
Penyusutan Lapisan Ozon
• Pencemaran udara akan menyebabkan berlaku pemanasan global akibat penyusutan lapisan ozon yang melindungi bumi daripada sinaran terus cahaya matahari. Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser. Pancaran matahari yang terik juga menyebabkan berlakunya pencairan kepada di bahagian bumi dan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini

KESAN PENCEMARAN TANAH KE ATAS ALAM SEKITAR
EKOLOGI ALAM
• Penukaran tanah dari hutan kepada pertanian telah mengakibatkan berlakunya penebangan hutan secara meluas. Selain daripada mengurangkan jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan dan hidupan liar, penebangan hutan juga turut menyumbang kepada hakisan tanah, pemendapan, kerosakan cerun dan tanah runtuh di Malaysia.Penebangan hutan yang berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air, menjejaskan kemampuan pengambilan semula air bawah tanah dan menyebabkan lebih banyak banjir di kawasan tanah rendah.
• Selain menimbulkan masalah pencemaran air akibat penggunaan secara intensif ini, rakyat Malaysia yang menggunakan penyembor serta operator mesin penyembur racun makhluk perosak akan menghadapi risiko akibat pendedahan terutamanya melalui kulit, apabila menggunakan peralatan yang tidak sempurna untuk mencampurkan atau menyembur racun makhluk perosak. .
• Penyelidikan menunjukkan lombong emas skala kecil boleh mengganggu dengan tetap sumber air semula jadi, menyebabkan masalah pemendapan teruk di bahagian hilir operasi dan menyebabkan saliran lombong berasid. Tambahan pula, operasi perlombongan pasir di dataran serta tebusguna tanah dan lain-lain pembangunan di sepanjang pantai meningkatkan ancaman kepada ekologi marin. Terutamanya terumbu karang, hutan bakau dan rumput laut sepanjang pantai yang menjadi sumber perikanan.
• Pengembangan kawasan perbandaran dan pembangunan industri secara langsung telah menyebabkan perubahan yang besar kepada ekosistem semula jadi berbanding dengan pembangunan hutan, perlombongan atau pertanian.
• Isu alam sekitar berkaitan dengan perbandaran dan pembangunan industri, adalah lebih kompleks dan sering lebih sukar untuk ditangani, Ini termasuklah sisa buangan dan pembetungan, pemuliharan kawasan hijau di dalam perbandaran, maslah haba perbandaran serta pencemaran air dan udara.
• Perkhidmatan pembentungan dan sisa buangan telah diswastakan di Malaysia untuk memperbaiki pengurusannya. Bagaimanapun, masih terdapat kebimbangan berkaitan dengan kesan alam sekitar daripada kemudahan ini. Di antaranya ialah kemungkinan pencemaran air bawah tanah di kawasan tapak pembuangan sampah lama majlis perbandaran dengan bahagian permukaan yang tidak sesuai serta pencemaran air sungai akibat pembuangan sisa kumbahan daripada penempatan dan kemudahan rawatan kumbahan yang tidak mencukupi.. Akibatnya beberapa kawasan pembuangan sampah secara terbuka akan meningkat dengan cepat dan risiko pencemaran air dan air bawah tanah mungkn juga akan meningkat.
• Pencemaran tanah dan air bawah tanah akibat pembangunan industri perlu dijelaskan dan diklasifikasikan dengan cara yang lebih sistematik di Malaysia. Dalam usaha untuk mengadakan kawalan sisa bahaya dan toksik yang berkesan, industri seharusnya diwajibkan.
• Perbandaran juga mempengaruhi paras jumlah partikel terampai (TSP) dalam udara (JAS, 1993). Selain sumber daripada luar sempadan dalam tempoh tertentu setiap tahun, sumber utama TSP ialah pembakaran secara terbuka daripada pembangunan perumahan dan pertanian. Pencemaran udara di Lembah Klang tidak akan diperbaiki melainkan langkah-langkah kawalan dilaksanakan dengan segera.

KESAN PENCEMARAN AIR KE ATAS ALAM SEKITAR
EKOLOGI ALAM
• Baja dan racun perosak kimia boleh membunuh berbagai-bagai jenis hidupan air.Air yang tercemar ini menganggu hidupan seperti ikan,udang,ketam,kerang dan sebagainya.Jika ikan-ikan ini ditangkap dan di makan oleh manusia akan membawa kesan buruk ke atas manusia seperti manusia akan mendapat keracunan makanan da sebgainya.
• Selain itu,nutrien inorganik menyebabkan hazard pencemaran dilupuskan secara tidak sepatutnya dalam sungai ataupun di dalam tasik.Pengayaaan berlebihan sungai dan tasik oleh nutrien itu akan menyebabkan eutrofikas.Sesetengah kilang akan memperuntukkan kawasan untuk pembuangan bahan-bahan terbuang ke kawasan yang telah ditetapkan.Hal ini akan menyebabkan berlakunya dua permasalahan apabila berlakunya hujan lebat atau loji pecah iaitu:
I. Seandainya sisa-sisa terbuang ini mengalir di permukaan air ia akan menyebabkan sistem akuifer terjejas.
II. Hidupan air juga kan turut terjejas akibat permasalahan.

• Di samping itu,pencemaran air juga akan mengakibatkan kandungan nutrien dapat mengarah pada eutrofikasi.Sampah organik seperti air comberan (sewange) menyebabkan peningkatan oksigen dalam air yang akan memberi impak ke atas seluruh ekosistem alam.
• Pencemaran air yang berlaku memberi kesan bukan sahaja akan dialami oleh manusia bahkan turut memberi kesan kepada hidupan yang lain. Kesan kepada manusia adalah terhadap kesihatan mereka sendiri. Dimana antara kesan yang dianggap kronik akaibat pencemaran air yang berlaku adalah anomalia, iaitu pembesaran tubuh dan tingkahlaku yang tidak normal, serta kurang daya ketahanan badan akibat penggunaan sumber air tersebut.
• Kesan pencemaran air ini juga memberi kesan yang banyak kepada organisma laut di perairan cetek kesan daripada tumpahan minyak ke laut. Apabila tumpahan minyak berlaku dengan banyak berhampiran persisiran pantai ia akan membentuk lapisan minyak yang boleh mengancam hidupan laut serta burung. Tumpuhan tersebut juga turut menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton. Hidupan air seperti ikan, siput, udang atau ketam akan mati dengan tumpahan minyak, pembuangan sampah dan sisa toksid yang dicemarkan. Selain dari itu pencemaran toksid yang masuk ke dalam air akan menyebabkan simptom kebas-kebas, sakit kepala, kabur penglihatan dan petuturan yang tidak betul. Sesetengahnya berakhir dengan kelumpuhan dan ada yang menemui maut.

KESAN PENCEMARAN BUNYI KE ATAS ALAM SEKITAR
EKOLOGI ALAM
• Apabila kita membincangkan tentang kebisingan, secara tidak langsung kesan-kesan kebisingan juga perlu dibincangkan kerana kedua-duanya mempunyai kaitan yang rapat. Kebisingan dikenal pasti meninggalkan kesan negatif kepada kesihatan manusia. Kesan kebisingan boleh dibahagikan kepada dua iaitu kesan biologikal dan psikologi serta kesan ke atas ekonomi. Kesan biologikal dan psikologi boleh dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu gangguan komunikasi dan pendidikan, kesihatan dan habitaliti. Manakala kesan kepada ekonomi pula ialah dari segi nilai harta benda.

• Bunyi bising boleh mengganggu komunikasi misalnya percakapan secara langsung atau melalui telefon. Kebisingan juga boleh mengganggu kenikmatan mendengar radio, televisyen, waktu pembelajaran serta waktu rehat seseorang. Kebisingan yang melampau juga boleh mengakibatkan kesan negatif kepada pendengaran. Kesan yang nyata adalah seperti pekak dan pengurangan keupayaan pendengaran. Rosen (dalam Mulholland, 1981) menyatakan bahawa bunyi bising boleh mengganggu pertumbuhan kanak-kanak misalnya kulit menjadi pucat, selaput lendir menjadi kering, usus kejang dan kerosakan buah pinggang.

• Selain itu, gangguan dalam habiliti pula termasuklah perasaan terganggu, gangguan tidur dan pekerjaan. Bunyi bising selalu dikatakan sebagai suatu tekanan dalam kehidupan moden dan kemungkinan terjadinya sakit jiwa akibat bunyi bising tidak diabaikan. Walaupun bunyi bising mempengaruhi jiwa seseorang, tetapi adalah sukar untuk kita meramalkan sifat dan tahap kesannya kerana setiap individu mempunyai sifat dan tahap penerimaan yang berbeza. Kebisingan juga boleh memberi kesan kepada tahap kecekapan dalam melaksanakan pekerjaan. Kerja-kerja yang memerlukan daya kreativiti, percakapan atau kerja-kerja rutin yang memerlukan kepantasan yang berterusan amat mudah dipengaruhi oleh bunyi bising dan seterusnya mengakibatkan terjadinya banyak kesilapan.

• Kesan gangguan bising kepada nilai harta benda boleh menjatuhkan nilai harta benda yang terletak berhampiran puncanya. Penyebab utama kepada kejatuhan nilai harta benda biasanya adalah berpunca daripada bunyi bising kenderaan, tetapi kesan ini hanya berkait dengan nilai tapak kediaman. Walau bagaimanapun, kesan ke atas penurunan nilai harta tanah mungkin lebih dipengaruhi oleh faktor kemanusiaan sendiri. Misalnya perletakan harta tanah di suatu lokasi yang dianggap istimewa seperti berhampiran dengan pusat bandar atau kawasan yang mempunyai kemudahan awam mungkin dianggap dapat mengatasi kerugian yang dialami akibat kebisingan. Oleh itu nilainya tidak akan turun walaupun terdapatnya kebisingan kerana keutamaan yang lebih tinggi diberikan kepada faktor kemudahan awam.
• Bising mampu memberi kesan buruk pada haiwan menyebabkan tekanan, meningkat risiko kematian dengan menukar keseimbangan sensitif pengesanan dan mengelak pemangsa/mangsa, dan menganggu penggunaan bunyi mereka sebagai perhubungan terutama berkait dengan pembiakan dan navigasi. Dedahan lampau akustik boleh mendorong kepada kehilangan pendengaran sementara atau kekal.
• Kesan bising pada kehidupan haiwan adalah kemusnahan habitat yang disebabkan bunyi bising, dalam kes spesies terancam mungkin merupakan laluan kepada kepupusan. Pencemaran bunyi telah menyebabkan kematian speseis paus tertentu yang menyadai diri mereka menyadai diri mereka selepas terdedah kepada sonar tentera yang kuat
• Bunyi bising turut menyebabkan spesies berhubung lebih kuat, yang dikenali sebagai tindak balas vokal Lombard. Ahli sains dan penyelidik telah melakukan ujian yang menunjukkan lagu paus adalah lebih panjang apabila pengesan kapal selam diaktifkan. Sekiranya makhluk tidak "bercakap" cukup kuat, suara mereka akan tenggelam oleh bunyi "anthropogenik". Bunyi yang tidak didengari ini mungkin amaran, pencarian mangsa, atau persediaan bagi jaring buih. Apabila satu spesies mula bersuara lebih kuat, ia akan menengelami suara speseis lain, menyebabkan keseluruhan sistem ekologi akhirnya bercakap lebih kuat.
• Burung Robin Eropah European Robins yang tinggal dalam persekitaran bandar lebih cenderung untuk menyanyi pada waktu malam di tempat yang memiliki pencemaran bunyi yang tinggi pada waktu siang, mencadangkan bahawa ia menyanyi malam kerana ia lebih senyap, dan perutusan mereka boleh disebarkan melalui persekitaran dengan lebih jelas. Yang menariknya, kajian yang sama membuktikan bahawa bunyi waktu siang adalah jangkaan lebih kuat bagi nyanyian waktu malam berbanding Pencemaran cahaya, yang sering kali dikatakan punca fenomena tersebut.
• Zebra finch menjadi kurang taat dengan pasangannya apabila terdedah kepada bunyi trafik. Ini mampu mengubah arah evolusi melalui pemilihan trait, menyerap sumber yang biasanya digunakan bagi aktiviti laindan dengan itu mendorong kepada akibat genetik dan evolosi yang besar.

KESAN PEMANASAN GLOBAL KE ATAS ALAM SEKITAR
EKOLOGI ALAM

Implikasi daripada pemanasan global akan menyebabkan lapisan ais di kedua-dua kutub bumi akan mengalami pencairan dan menyebabkan peningkatan aras laut. Pencairan lapisan ais juga akan menyebabkan ekosistem terjejas. Peningkatan suhu dan perubahan ekosistem akan menyebabkan sesetengah spesis kehidupan tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran dan akan mati. Manakala, sesetengah spesis kehidupan pula akan mula migrasi ke tempat lain.
• Iklim di sesetengah kawasan pula akan terganggu dan tidak menentu. Ramalan saintis menunjukkan peningkatan 7.0 meter paras laut, yang menyebabkan kawasan rendah seperti Kuala Muda (Kedah) dan Kelantan akan ditenggelami air. Banjir dan ribut yang tidak menentu akan melanda di kebanyakan tempat dan penduduk di sekitar kawasan pantai dan kawasan rendah akan mengalami kesan yang paling buruk.
• Selain itu pemanasan global akan turut menjejaskan penghasilan makanan dan rantai makanan. Ini akan menyebabkan berlakunya masalah kekurangan bekalan makanan seperti gula dan beras. Pada tahun 2009, Malaysia telah mengalami masalah kekurangan gula kerana pengeluar gula terbesar di dunia iaitu negara Brazil dan India telah mengalami musim kemarau dan banjir yang menyebabkan tanaman mereka rosak. Keadaan ini telah menyebabkan kekurangan bekalan dan harga yang melambung tinggi.
• DI samping itu,pemanasan global juga akan mengakibatkan haiwan-haiwan serta timbuh-tumbuhan akan terjejas.Hal ini kerana sesetengah haiwan dan tumbuh-tumbuhan memerukan suhu yang sesuai untuk proses photosinthesis.Sekiranya suhu di kawasan sekitar tersebut melebihi julat suhu seperti kebiasaan,hal ini sudah pasti akan mengakibatkan haiwan dan tumbuhan akan terjejes.Sekiranya perkara ini berlaku secara berterusan,sudah pasti perkara ini akan mengakibatkan kepupusan fauna dan flora untuk di masa hadapan malahan hidupan akutik juga akan turut terjejas akibat permaslahan ini.
• Seterusnya,pemanasan global akan mengubah lanskap dunia.Perkara ini berlaku akibat pencairan ais di kutub utara dan selatan yang akan mengakibatkan air laut semakin dalam sehingga menyebabkan pulau-pulau yang kecil akan ditenggelami air.

0 ulasan: