BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Ahad, 22 Ogos 2010

pencemaran bunyi


Disediakan oleh : Ahmad Fuad Bin Che Had
No matriks          :   206006



Pada era kemodenan kini, manusia sering terdedah kepada pelbagai jenis pencemaran. Salah satu jenis pencemaran yang kini semakin membimbangkan seluruh masyarakat dunia adalah pencemaran  bunyi. Pencemaran bunyi selalunya terjadi di kawasan-kawasan maju dan membangun seperti di bandar-bandar utama. Pencemaran bunyi boleh di definisikan bunyi yang terlampau bising dan mampu memekakan telinga. Hal ini berlaku apabila pengeluaran bunyi terjadi di tempat atau kawasan yang di anggap tidak sesuai. Sebagai contoh, kilang-kilang dan industri yang lain mengeluarkan gangguan bunyi kepada penghuni-penghuni rumah. Pencemaran  bunyi selalunya melebihi 80 desibel(db).
Pencemaran bunyi juga boleh di bahagikan kepada beberapa klasifikasi. Antaranya adalah kebisingan selanjar yang merupakan kebisingan yang selar dan kurang daripada 3 debisel(db).  Dengan kata yang lebih mudah kategori ini umpama seseorang yang sedang berbisik kepada orang lain. Kebisingan  fluktasi lebih cepat daripada kebisingan selanjar walaupun mempunyai getaran yang sama dengan selanjar. Kebisingan jenis ini juga terletak antara puncak  gelombang tinggi dan rendah. Contoh bunyi enjin kenderaan dan orang sedang bercakap. Hentakan impuls pula lebih intensiti dalam tempoh yang lebih singkat. Tahap getaran ni tidak menentu ia memuncak dan menurun dengan cepat sekali. Contohnya  tembakan dan ketukan benda keras. Intensiti bunyinya adalah melebihi 80 dB. Kebisingan selang-seli berlaku secara selang-seli apabila bunyi bising menjadi perlahan dan kuat dalam jangka masa yang pendek.contoh yang paling mudah ialah menggergaji kayu,getaran akan berlaku ketika gergegaji itu sedang bergerak dan tiada getaran sekiranya gergaji dihentikan. 
Dalam  mengejar kemodenan pelbagai alatan canggih telah di cipta bagi memudahkan sesuatu urusan. Dari satu sudut penggunaan alatan mendatangkan kebaikan.Tetapi sebaliknya penggunaan alat-alatan canggih yang tidak terkawal akan mendatangkan pencemaran terutamanya pencemaran bunyi. Sebagai contoh mudah pengunaan kenderaan kereta untuk memudahkan dan melicinkan  perjalan. Sebaliknya, sekiranya terlalu ramai manusia menggunakan  kereta mengundang bunyi yang tidak meyenangkan. Kenderaan udara seperti kapal terbang ,jet dan helikopter juga mengeluarkan bunyi yang sangat memekikan telinga. Selain itu , kegiatan pembangunan industri di sesetengah tempat yang mengeluarkan pelbagai bunyi seperti pemprosesan material ,jentera dan aktiviti pembuatan yang akan menjejaskan ketenteraman orang ramai.  Terdapat juga kesilapan pihak tertentu yang gagal menyediakan kawasan kediaman yang jauh dari kawasan industri telah menyebabkan penduduk terdedah kepada pencemaran bunyi. Selain itu,kegiatan pemecahan batu atau kuari akan mengeluar bunyi yang memekikan.Hal ini  kerana untuk mendapatkan batu yang berkualiti hentakan yang kuat perlu dilakukan sekali gus menghasilkan bunyi yang bising. Selain itu,sikap individu yang mementingkan diri sendiri dengan lebih suka memasang radio pada nada yang tinggi juga menyebabkan persekitaran yang harmoni akan terganggu.
Bunyi yang tidak diingini ini mampu merosakkan kesihatan secara physiological dan pysilogical helth.pencemaran bunyi menyebabkan seseorang menjadi rimas,beremosi dan menjadi tekanan tinggi kepada seseorang.seseorang itu,mungkin kehilangan masa tidur yang sempurna menyebabkan produktiviti dan hasil kerja yang tidak bermutu. Seseorang itu, mungkin akan pekak akibat pencemaran bunyi.Hal ini kerana, bunyi yang kuat boleh memecah gegendang telinga seseorang. Selain itu, pencemaran bunyi juga mampu memberi kesan kepada ibu yang sedang mengandung.
Pencemaran bunyi juga boleh membawa pelbagai kemudaratan kepada alam sekitar .bising mampu memberi kesan buruk kepada haiwan kerana menyebabkan tekanan ,meningkatkan risiko kematian dengan menukar keseimbangan sensitif pengesanan dan mengelak pemangsa dan mangsa ,dan mengganggu penggunaan bunyi mereka sebagai perhubungan terutama berkaitan pembiakan dan navigasi. Selain itu, mungkin berdepan dengan risiko kemusnahan kawasan habitat mereka. Bunyi yang bising akan menyebabkan haiwan pemangsa tidak dapat mencari mangsa dengan mudah seterusnya menyebabkan haiwan tersebut berhijrah ke kawasan lain. Contohnya dalam kes spesies terancam harimau yang semakin berkurangan di kawasan hutan Malaysia.
Dalam mengurangkan kesan pencemaran ini semua pihak haruslah memainkan peranan mereka. Pihak kerajaan merupakan pihak yang paling bertanggungjawab dalam menyediakan keselesaan kepada penduduk. Bagi mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas yang akan membawa pencemaran bunyi kerajaan haruslah menyediakan pengangkutan awam seperti LRT  dan bas bagi mengurangkan penggunaan kereta sekali gus dapat mengurangkan pengeluaran bunyi kenderaan. Selain itu, kerajaan memastikan segala kegiatan industri di jalankan mengikut piawaian yang ditetapkan. Badan bukan kerajaan(NGO) pula perlu terus meninjau dan menjadi wadah untuk rakyat membela  keselasaan penduduk.NGO boleh membela masyarakat yang diganggu pencemaran bunyi menonjolkan permasalahan mereka kepada pihak yang berwajib. Dengan cara ini dapat membantu masyarakat mendedahkan segala kelemahan pihak tertentu sehingga terjadinya pencemaran ini. Bagi pihak masyakat pula mereka haruslah menghormati antara satu sama lain. Tidak perlu memasangkan radio pada nada yang tinggi kerana perlu menjaga keselesaan orang lain. Mereka perlu beri bekerjasama dengan semua pihak mendedahkan segala kepincangan yang membawa kepada permasalahan ini.
Kesimpulannya, pencemaran bunyi boleh terjadi dari pelbagai punca dan selalunya terjadi hasil kesilapan manusia seperti penggunaan teknologi dan sikap penting diri sendiri.Oleh itu,semua pihak harus memain peranan untuk mengurangkan pengeluaran bunyi yang tidak diperlukan kerana bunyi-bunyian ini mampu memberi pelbagai kesan kepada manusia dan alam sekitar.

0 ulasan: