BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

PENCEMARAN ALAM SEKITAR !!!!!!

DEFINISI ALAM SEKITAR.

Perkataan alam sekitar atau dalam bahasa Inggeris disebut “environment” membawa maksud keadaan sekeliling atau lingkungan. Oleh itu, sekirannya berdasarkan kepada terjemahan literal, maka perkataan “alam sekitar” adalah menuju kepada apa sahaja yang melingkungi manusia. Bagaimanapun, secara khusus perkataan alam sekitar merujuk kepada fenomena fizikal yang melingkungi suatu organisma di muka bumi. Fenomena fizikal ini termasuk juga fenomena yang berkait dengan iklim dan cuaca.
Terdapat satu lagi definsi alam sekitar. Namun ia lebih kepada kefahaman “environmentalisme“. Dijelaskan bahawa ia merupakan satu istilah geografi tentang doktrin falsafah yang memberikan penekanan terhadap aspek fizikal alam sekitar seperti keadaan iklim dunia yang berkaitrapat dengan aktiviti manusia.Kesemua definisi yang dikemukakan di atas secara umumnya menjelaskan alam sekitar adalah keseluruhan fenomena sekeliling yang boleh mempengaruhi kehidupan sesuatu organisma.Dalam menguruskan alam sekitar,barat memperlihatkan bahawa etika alam sekitar dalam diri manusia adalah penting bagi menjamin kualiti alam sekitar.Prinsip-prinsip tentang alam sekitar yang dibahaskan oleh Barat tidak harus bersifat teori sahaja sebaliknya mestilah berupaya dipraktikkan.Pengurusan alam sekitar di Barat bermula pada akhir kurun ke 19 kesan daripada Revolusi Industri. Perkembangan itu bermula dengan tercetusnya kebimbangan ke atas kesan yang timbul daripada proses pembangunan ke atas alam sekitar. Oleh itu, mereka berusaha dengan pelbagai kaedah bagi mengawal kualiti alam sekitar daripada terjejas.Namun,walauapapun kaedah atau langkah yang diambil, mereka masih lagi gagal untuk menguruskan alam sekitar dengan berkesan.

KONSEP ALAM SEKITAR MENURUT ISLAM.
Menurut Islam, “environmentalisme” berasaskan kepada ajaran tauhid atau kefahaman kesatuan yang menggabungkan manusia, alam dan tuhan. Agama Islam menjadikan akhlak sebagai teras hubungan antara manusia, alam dan tuhan.Berasaskan dasar itu, sebenarnya sebarang masalah atau pencemaran alam sekitar berpunca daripada kesempurnaan akhlak manusia terhadap dirinya, alam dan tuhan. Konsep manusia sebagai khalifah menunjukkan bahawa alam sekitar ini merupakan hak Allah dan ciptaan-Nya maka manusialah perlu melaksanakan misi dan amanah itu. Di samping itu, alam ini merupakan tanda yang tersurat dan tersirat atau simbol tentang kebesaran dan kekuasaan Allah.


PENGENALAN.


Dalam usaha mengejar kemodenan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk,kegiatan ekonomi dan projek-projek pembangunan sesebuah negara tidak dapat dielakkan,manusia sering mengabaikan masalah-masalah alam sekitar yang timbul akibat pelaksanaan aktiviti ekonomi dan projek -projek pembangunan.Kesan-kesan negatif akibat proses pembangunan dan modernisasi secara terburu-buru semakin mendesak dan hal ini mengakibatkan kesan pencemaran alam sekitar yang teruk.Kesemua kesan negatif ini semakin menggugat kesihatan manusia,sumber-sumber ekonomi dan kemandirian bumi.Untuk mengurangkan kesan-kesan negatif pembangunan ke atas alam sekitar,setiap aktiviti ekonomi dan pembangunan mestilah diseimbangkan dengan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam.


Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan alam.Takrifan pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik,kimia,biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan,keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain,tumbuhan dan haiwan.Pencemaran dapat dikategorikan dan disenaraikan kepada pelbagai bentuk pencemaran:

PENCEMARAN UDARA.

Pencemaran udara boleh didefinasikan sebagai terdapatnya gas,cecair atau zarah yang terkandung dan terampai di atmosfera sehingga berlakunya perubahan dan menjejaskan kehidupan atau bahan-bahan lain. Bahan-bahan tersebut terampai di atmosfera dan memberi kesan negatif kepada manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan serta alam sekeliling.Ini sebabkan gas dan bahan tercemar akan masuk ke tubuh manusia melalui pernafasan dan berupaya menyekat pengaliran oksigen ke dalam salur-salur darah.Hal ini boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti penyakit barah, asma, kekejangan dan anemia.Selain daripada itu,bahan-bahan seperti habuk,kabus,wap atau bahan-bahan yang boleh menghalang penglihatan mata juga merupakan contoh bentuk pencemaran udara.

Mengikut laporan yang dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar,melalui akhbar Utusan Pengguna pada tahun 2001

Jumlah keluaran bahan-bahan pencemaran udara bagi Malaysia dianggarkan sebanyak 933,000 tan setahun.Daripada jumlah ini,kenderaan ialah punca utama pencemaran ini(58.1%),diikuti oleh stesen jana kuasa(23.9%),pembakaran bahan api industri(9.4%),pemprosesan industri(3.9%) dan pembakaran terbuka(4.9%).

Klasifikasi Pencemaran Udara.

Pencemaran udara dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu:

• Pencemaran Udara Primer.
-Penghasilan sulfur monoksida dan karbon monoksida akibat daripada proses pembakaran yang tidak lengkap adalah punca pencemaran udara primer.Proses ini menyebabkan zarah-zarah yang halus terampai-ampai di udara dan memberi kesan sampingan kepada kesihatan kita.Kebanyakan pencemaran udara primer ini dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasan industri dan penggunaan dapur arang atau kayu.

• Pencemaran Udara Sekunder.
-Pencemaran udara sekunder pula adalah tindak balas sulfur dioksida yang bergabung dan membentuk dengan gas-gas yang tidak diperlukan oleh benda hidup.Sulfur dioksida memerlukan gas yang terdapat pada pencemaran udara primer seperti karbon monoksida dan sufur monoksida untuk membentuk gas-gas lain. Sebagai contoh, gabungan sulfur dioksida, sulfur monoksida dan wap air akan menghasilkan asid sulfurik. Tindakbalas antara pencemar primer dengan gas-gas terampai di atmosfera akan menghasilkan peroksid asetil nitrat yang boleh mendatang kemudaratan kepada alam sekeliling.

Jenis-jenis Bahan Pencemar.

Antara jenis-jenis bahan pencemar adalah seperti berikut :

• Sulfur dioksida
• Karbon monoksida
• Nitrogen dioksida dan ozon
• Alergen
• Plumbum dan logam-logam lain
• Floroklorokarbon (CFC).

Asap-asap dan gas-gas tercemar yang terampai di atmosfera boleh mendatangkan kemudaratan kepada alam sekeliling tambahan pula kawasan yang dipenuhi oleh kenderaan-kenderaan dan bangunan-bangunan konkrit yang besar serta padat boleh mengundang bahaya terutamanya di kawasan kota yang paling akrab dan jelas dari pencemaran udara.Hal ini kerana gas-gas tidak dapat bebas bergerak dan akan terampai di atmosfera dan mengambil masa yang lama untuk terungkai.Umumnya bahan apapun yang diperkenal kepada seseorang yang mempunyai kesan merosakkan makhluk hidup dan persekitaran dianggap pencemaran udara.

Gas karbon dioksida,gas rumah hijau adalah pencemaran utama yang merupakan pemanasan bumi. Meskipun makhluk hidup seperti manusia dan haiwan mengeluarkan karbon dioksida ketika bernafas, karbon dioksida secara meluas dianggap sebagai pencemaran yang berkaitrapat dengan kereta,pesawat, penjanaan kuasa, dan aktiviti manusia lain yang melibatkan pembakaran bahan bakar fosil seperti petrol dan gas alam.Gas rumah hijau lainnya termasuk metana yang digunakan dalam bahan penyejuk dianggap penting pada masa sekarang walaupon ia boleh menipiskan lapisan ozon.

Selain itu,pencemar lain yang berkaitan dengan perubahan iklim adalah belerang dioksida.Sulfur dioksida dan kimia yang berkaitan dengan pencemaran udara biasanya berkaitrapat dengan fenomena penyebab hujan asid. Tapi gas tersebut juga memantulkan cahaya ketika dilancarkan di atmosfera yang membuat sinar matahari dan menyebabkan bumi menjadi sejuk.Letusan gunung berapi boleh memuntahkan sejumlah besar belerang dioksida ke atmosfera yang boleh menyebabkan pendinginan yang berlangsung selama bertahun-tahun.Negara-negara industri telah bekerja untuk mengurangkan kadar belerang dioksida dan gas tercemar dalam rangka meningkatkan kesihatan masyarakat. Namun hasilnya, tidak dapat dijangka sampai saat ini,tahap suhu belerang dioksida lebih rendah benar-benar boleh membuat keadaan bumi lebih buruk akibat daripada pemanasan global.Sama seperti belerang dioksida dari gunung berapi boleh mendinginkan bumi dengan menghalang sinar matahari dan memotong jumlah sebatian di atmosfera serta membolehkan cahaya matahari masuk dan meningkatkan tahap kepanasan suhu bumi.

Kebanyakan orang bersetuju untuk menghentikan pemanasan global.Pelbagai langkah diambil untuk mengurangkan kepanasan suhu bumi.Pada peringkat peribadinya,individu sudah boleh menerima cara pengambilan perkhidmatan awam untuk melakukan aktiviti seharian,mengitar semula bahan-bahan seperti plastik,botol ,kaca dan surat khabar lama serta bahan-bahan lain bagi mengurangkan pencemaran alam sekitar.Pada skala yang lebih besar pula, kerajaan mengambil langkah-langkah untuk menyekat pembebasan karbon dioksida dan gas rumah hijau.Salah satu cara seperti Perjanjian Protokol Kyoto iaitu sebuah perjanjian antara negara-negara ahli untuk mengurangkan pembebasan karbon dioksida.Cara lain adalah untuk menetapkan cukai kepada negara yang membebaskan karbon atau cukai lebih tinggi pada petrol sehingga orang-orang dan syarikat-syarikat akan mempunyai insentif yang lebih besar untuk menjimatkan tenaga dan mengurangkan pencemaran.

Selain itu juga,Kerajaan Malaysia dengan bersungguh-sungguh membendung pencemaran udara ini terbukti pada tahun 2002 dengan termenterainya satu perjanjian dengan anggota ASEAN mengenai Perjanjian Jerebu Merentasi Sempadan.Hal ini disebabkan oleh jerebu yang melanda negara akibat pembakaran hutan di Sumatra dan Kalimantan,Indonesia pada tahun 1997.Selain itu juga,pada Ogos 2005,Pantai Barat Semenanjung Malaysia juga dilanda masalah yang sama akibat pembakaran hutan dan mengakibatkan dua kawasan diisytiharkan darurat iaitu Pelabuahan Klang dan Kuala Selangor setelah indek pencemaran udara (IPU) dikawasan itu melebihi 500.

INDEK PENCEMARAN UDARA
Nilai IPU Kualiti udara
0 - 50 Baik
51 - 100 Sederhana
101 - 200 Tidak sihat
201 - 300 Sangat tidak sihat
301 - 400 Berbahaya
401 - 500 Sangat berbahaya


Tuntasnya,penderan alam sekitar melalui pencemaran udara timbul akibat daripada tindakan manusia itu sendiri.Setiap manusia menyumbang kepada kemusnahan alam sekitar salah satu contohnya penghisap rokok menghembuskan asap rokok ke udara,pembakaran sisa buangan di kawasan perumahan secara tidak terkawal juga menbawa kesan kepada pencemaran udara.Sebagai seorang individu yang bertanggungjawab haruslah menjaga alam sekitar agar ia sentiasa bersih untuk kegunaan generasi akan datang.Walaupon begitu,masyarakat juga harus mengamalkan sikap prihatin terhadap alam sekitar dan mengamalkan sikap "SELAMATKAN BUMI KITA" untuk menjaga dan memelihara alam sekeliling.